Malaysia

Nahas bot Pulau Perhentian: Pemandu bot direman tiga hari

Pemandu bot yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian hingga meragut tiga nyawa, termasuk dua kanak-kanak, direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Setiu terhadap pemuda berusia 22 tahun itu yang ditahan pada Ahad selepas didapati positif dadah nimetazepem. Suspek turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Dalam kejadian pada Sabtu malam, bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik akibat ombak kuat dan cuaca buruk.

Insiden itu mengorbankan Arumugam Sativelo, 40, anaknya Sarrvihka Arumugam, 3, serta saudara mereka Vennpani Vijeya Raj, 10, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan kritikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker