Malaysia

Nak pakai Porsche tapi ‘terlupa’ bayar cukai jalan

Mampu pandu kereta mewah seperti Porsche Taycan dan Tesla, tapi cukai jalan dan insurans tak diperbaharui. Itulah realiti segelintir pemilik kenderaan mewah yang dikesan JPJ Negeri Sembilan.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini sahaja, sebanyak 10 kenderaan mewah disita selepas dikesan masih berada di atas jalan walaupun cukai jalan (LKM) dan insurans telah tamat tempoh.

Malah, ada kes yang sudah lebih setahun tidak diperbaharui, namun alasan yang diberi sekadar “lupa”.

Antara kenderaan yang disita termasuk Mini Cooper Countryman, Toyota Alphard dan beberapa jenama import lain.

Sepanjang Januari hingga Julai lalu, lebih 10,000 kes kenderaan dengan LKM tamat tempoh dan hampir 8,000 kes tiada insurans direkodkan.

Semua kenderaan yang terbabit telah disita dan dihantar ke depoh JPJ untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker