EksklusifHiburanMalaysia

Naluri seorang ibu tiada tandingan, walau apa jua anak sembunyikan

Kuala Lumpur, Ogos 20 – Firasat seorang ibu terhadap anak mereka tiada tanding.

Sejak semalam satu video tular membuat netizen terharu dengan perkongsian seorang wanita yang bernama Ibu June Erniey yang memperkongsikan naluri beliau sebagai seorang ibu yang mengetahui anaknya menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Menerusi video 8 minit 49 saat itu, wanita itu dipercayai mengambil anaknya daripada sekolah, dan pada masa itu, anaknya seolah menyimpan sesuatu, dan apabila ibunya terus bertanya, kanak-kanak itu sebak memberitahu kena marah di sekolah kerana tidak boleh baca.

Video itu menarik perhatian warga netizen yang berkomen naluri seorang ibu tiada tanding dan kasih seorang ibu harus disanjungi dan dihargai.

Ada juga komen berkata, orang Malaysia hati tisu dan akan sebak, kalau guna perkataan ‘Ibu’, kerana tanpa ibu kita siapa dan ungkapan yang kita selalu dengar dan harus ikut iaitu ‘Syurga di tapak kaki ibu’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker