Nazir Razak puji pendekatan Malaysia tangani isu tarif

Pendekatan Malaysia dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat mendapat pujian daripada Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak, yang menyifatkannya sebagai contoh terbaik diplomasi matang di rantau ini.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan hari ini telah bertindak tenang, menjalankan libat urus diplomatik secara menyeluruh, serta mengambil langkah strategik dengan merancang dan kembali ke meja rundingan.
Ia berbeza dengan beberapa negara lain yang bertindak balas secara tergesa-gesa hingga memberi kesan negatif kepada kepentingan ekonomi serantau.
Beliau turut mengingatkan ASEAN agar lebih realistik dalam merancang sasaran ekonomi memandangkan ketidaktentuan fiskal masih melanda sebahagian besar negara anggota