Malaysia

Nenek disamun lelaki bertopeng ketika sedang berehat dalam rumah

Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang memecah masuk rumah seorang nenek warga emas di Kampung Melayu, Simpang Renggam mengundang kemarahan orang ramai apabila rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi semalam ketika mangsa yang tinggal bersendirian sedang berehat di ruang tamu.

Lelaki bertopeng itu tanpa rasa belas masuk ke dalam rumah dan menyelongkar ruang tamu untuk mencari barangan berharga.

Suspek langsung tidak membawa senjata, tetapi sebaliknya memujuk mangsa agar terus makan supaya tidak mengganggu dia ‘menjalankan kerja’.

Mangsa sempat bertanya siapa dia dan dari mana datang, namun hanya diarahkan duduk diam sebelum wang dalam dompetnya dirampas.

Walaupun suspek kelihatan tenang, tindakannya jelas dirancang apabila wajahnya dilindungi topeng dan dia dipercayai sedar akan kehadiran CCTV di rumah tersebut.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker