Netizen sebak ucapan PA Fattah, yakin Amira jadi ibu tiri penyayang buat Fatima

Pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini di Johor bukan sahaja bakal disebut-sebut bakal menjadi ‘wedding of the year’.
Malah, ia turut mengundang rasa sebak apabila pengurus Fattah, Sakirin Shak atau Aca, menitipkan pesanan penuh doa buat pasangan itu.
Dalam ucapannya, Aca meluahkan keyakinan bahawa Amira akan menjadi seorang ibu tiri yang sangat baik buat Fatima, manakala Fattah pula dikenali sebagai bapa yang penyayang.
Kata-kata itu turut disertai doa agar rumah tangga mereka berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan cahaya mata sendiri.
Ucapan penuh emosi itu membuatkan ramai netizen tersentuh. Rata-ratanya yakin Amira memiliki ciri seorang ibu penyayang dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Malah, ada yang menyifatkan keserasian Fattah dan Amira jelas terpancar, sekali gus menambah seri menjelang hari bahagia mereka.