Malaysia
Netizen teruja dengan kereta Toyota GR86 siap pelekat liveri JPJ

2: Tular gambar sebuah Toyota GR86 lengkap dengan pelekat liveri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di media-media sosial.
3: Namun, ia bukanlah merupakan aset baharu untuk JPJ. Sebaliknya ia adalah Safety Car yang akan digunakan dalam perlumbaan GR86 Cup Malaysia.
4: Pihak penganjur perlumbaan berkenaan iaitu Haro Sports & Entertainment telah bekerjasama dengan pihak JPJ.
5: Ia bagi membolehkan Safety Car tersebut menggunakan grafik badan kereta peronda jabatan itu.