Niat hendak curi bateri kereta, tidak kesampaian apabila ditegur seorang penduduk di Meru Heights,Ipoh
Kuala Lumpur, Oct 8 – Percubaan seorang lelaki mahu mencuri bateri sebuah kereta Proton Iswara tidak kesampaian apabila dia ditegur seorang penduduk, di Meru Heights, Ipoh, Perak.
Menerusi video TikTok Imika Malaysia, Proton Iswara itu diletakkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan berkenaan.
Pada masa sama, seorang lelaki bertopi keledar membuka bonet kereta dan seolah-olah hendak mengambil bateri kereta.
Bagaimanapun, individu itu membatalkan niatnya selepas ‘terkantoi’ dengan pengguna TikTok tersebut yang menegurnya dari atas balkoni rumah.
Lelaki itu kemudian bertindak menutup bonet kereta dan pergi ke arah seorang lagi lelaki yang menaiki motorsikal menunggu di hujung jalan.
Video itu tular dan mendapat pelbagai komen daripada warga net,masing-masing meminta supaya pihak polis dapat bertindak memperketatkan undang-undang dalam negara, terutamanya dengan percubaan mencuri dalam kereta yang terbiar di tepi jalan.