Niat hendak mendaki bukit, tukar tragedi, warga emas temu ajal di Bukit Kledang

Kuala Lumpur, Oct 21 – Niat hendak mendaki Bukit Kledang berubah tragedi apabila seorang lelaki warga emas bertemu ajal ketika melakukan aktiviti itu pada Ahad lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki berusia 71 tahun itu, mengalami kepenatan dan sesak nafas ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa dilapor pengsan berhampiran dengan jalan menghala ke stesen pemancar dan bomba bertindak memberi bantuan CPR.
“Tidak lama kemudian, pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia,” katanya beliau dalam satu kenyataan pada semalam.
Susulan itu,bomba bertindak mengangat mayat mangsa pada ketinggian 800 meter dari aras laut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.