Dunia

Ninja Van kurangkan kira-kira 12% tenaga kerja

Syarikat logistik Ninja Van mengurangkan kira-kira 12% tenaga kerja di Singapura, ia susulan dua pusingan pemberhentian pada 2024.

Langkah ini kata jurucakap syarikat, menjadi sebahagian daripada usaha jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan model perniagaan dengan menumpukan sumber pada segmen pertumbuhan utama seperti perniagaan B2B berasaskan teknologi dan rantaian sejuk.

Walaupun jumlah keseluruhan kakitangan tidak didedahkan, bekas pekerja di Singapura, Malaysia dan Indonesia dilaporkan mencari peluang baharu selepas pemberhentian itu.

Bagaimanapun, laman sesawang Ninja Van menunjukkan lebih 10 kekosongan jawatan masih dibuka di Singapura.

Pemberhentian kali ini menyusul selepas pengurangan kakitangan pada April dan Julai tahun lalu yang menjejaskan pasukan teknologi serantau dan operasi di Singapura.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker