Dunia

Nissan pertimbang tutup kilang, hentikan kira-kira 20,000 pekerja

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co merancang untuk memberhentikan kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia.

Ia lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada November lepas yang mana ia sebahagian usaha penstrukturan semula yang lebih mendalam bagi memulihkan perniagaannya yang menghadapi kesukaran.

Pemerhati pasaran turut meneliti kesan kenaikan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap prestasi syarikat pengeluar kenderaan.

Nissan turut mempertimbangkan untuk menutup satu daripada lima kilang pemasangan kenderaan domestiknya di Jepun, dalam usaha menyusun semula kapasiti pengeluaran dan menangani penurunan jualan.

Bagaimanapun, langkah itu dijangka mendapat tentangan hebat daripada kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan lain.

Pada November tahun lalu, Nissan mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 9,000 pekerjaan dan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20 peratus menjelang tahun fiskal 2026, susulan prestasi lemah di pasaran AS dan China.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker