Malaysia
Nissan tamatkan produksi GT-R R35 selepas hampir dua dekad

Pengeluaran model generasi R35 Nissan GT-R rasmi berakhir selepas hampir dua dekad berada di pasaran. Sejak dilancarkan pada 2007, lebih 48,000 unit dihasilkan termasuk versi Nismo berkuasa tinggi.
Dikuasakan enjin V6 3.8 liter twin-turbo, GT-R dikenali sebagai kereta sport ikonik yang mencatat rekod pusingan Nürburgring lebih pantas daripada Porsche 911 Turbo ketika kemunculannya.
Unit terakhir model ini, versi Premium Edition T-Spec berwarna Midnight Purple akan diserahkan kepada pelanggan di Jepun.
Nissan mengesahkan GT-R akan kembali pada masa depan, namun rupa bentuk dan tarikhnya masih belum didedahkan.