Nombor telefon ugut isteri Rafizi milik warga asing – Polis

Polis mengesahkan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, didaftarkan atas nama seorang warga asing.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, dalam perkembangan berkaitan kes serangan terhadap anak lelaki Rafizi, seramai 19 individu telah dipanggil bagi diambil keterangan.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut diperoleh bagi membantu siasatan lanjut.
Polis masih menunggu laporan kimia daripada hospital berhubung cecair yang dipercayai disuntik kepada mangsa.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilaporkan stabil dan masih berada dalam pemantauan perubatan.
Insiden berlaku pada 13 Ogos lalu apabila anak Ahli Parlimen Pandan itu didakwa diheret serta disuntik oleh dua lelaki bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.