Malaysia

Nurul Izzah akan dipilih, bukan dilantik jadi tiada isu nepotisme – Ramanan

Tiada istilah nepotisme sekiranya Nurul Izzah Anwar ingin bertanding dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR seperti yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk Seri R Ramanan menegaskan, ini kerana Nurul Izzah bukan dilantik oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan itu tetapi beliau akan diundi oleh 30,000 ahli pemimpin parti tersebut dalam proses demokrasi seperti biasa.

Pada masa sama, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah yang sinonim dengan jolokan ‘Puteri Reformasi’ untuk bertanding jawatan nombor dua parti.

Beliau mengakui Nurul Izzah berpengalaman luas dalam politik termasuk kewibawaannya sebagai pemimpin terserlah apabila meraih pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, selain memiliki imej awam yang baik.

Tambahnya lagi, lebih 150 cabang bersamaan dua pertiga cabang dalam parti mencalonkan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker