Malaysia

Nurul Izzah kecam serangan menimpa anak Rafizi Ramli

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengecam serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai tindakan keji dan melampau.

Beliau menegaskan, tiada kanak-kanak wajar terdedah kepada bahaya kerana ia bukan sahaja jenayah serius, malah pelanggaran prinsip asas kemanusiaan.

Nurul Izzah berkata, politik mungkin ruang pertembungan idea, namun keselamatan keluarga tidak boleh dijadikan alat ugutan atau tawar-menawar.

Beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat segera, memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan dan menolak sebarang bentuk keganasan atau samseng dalam politik.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan seorang lelaki mengheret anaknya berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan di Putrajaya, dipercayai selepas diekori dua suspek bermotosikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker