Malaysia

Nurul Izzah nafi tunai haji guna jet peribadi

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan bahawa beliau dan suaminya, Yin Shao Loong menunaikan haji menggunakan pakej mewah termasuk jet peribadi.

Menurutnya, perjalanan ibadah haji mereka dilakukan melalui visa mujamalah dengan bantuan agensi pelancongan berlesen, menggunakan penerbangan komersial dan dibiayai sendiri menerusi wang simpanan.

Beliau turut memaklumkan banyak mesej berunsur fitnah diterima berkaitan perjalanan ibadah tersebut. Sepanjang di Tanah Suci, mereka turut menghadiri sesi ilmu bersama beberapa tokoh agama di Madinah.

Nurul Izzah menegaskan ibadah suci seperti haji tidak sepatutnya dijadikan bahan tohmahan dalam perbezaan pandangan politik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker