OP Gegar: Berselindung sebagai pusat urut, 25 ditahan, aktiviti persundalan, Metro Perdana, Kepong

Kuala Lumpur, Oct 18 – Seramai 22 pendatang tanpa izin (PATI) dari Thailand, Indonesia dan Vietnam termasuk tiga warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral menerusi Op Gegar, pada malam tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya menerima aduan orang awam yang menyatakan aktiviti haram itu sering beroperasi di rumah lot kedai, Metro Perdana, Kepong.
Wan Mohammed turut berkata serbuatan itu berselidung sebagai pusat urut dimana aktiviti persundalan akan beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 6 pagi, dan sebanyak RM240 akan dikenakan untuk setiap jam.
“Anggaran 20 hingga 30 pelanggan akan hadir ke pusat ini dalam masa sehari, dimana mereka akan melakukan tempahan menerusi media sosial atau ‘Walk-in’ sahaja,”katanya kepada pemberita ketika beroperasi di Kepong semalam.
Kini, kesemua 25 individu yang ditahan akan dikenakan tindakan lanjut mengikut peraturan Imigresen Malaysia.