Malaysia

Op Global:80 kertas siasatan dibuka selepas penahanan lebih 300 pengikut GISB

Kuala Lumpur, Sept 30 – Menerusi Op Global dalam negara, sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lebih 1,200 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi turut terlibat dalam kes ini untuk membantu siasatan.

Katanya, daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi yang terlibat mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, dan sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya.

Saifuddin berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan tegas berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker