EksklusifMalaysia

Op Samseng Jalanan:Hampir 100 motosikal disita di Pulau Pinang

Shah Alam, Julai 13 – Hampir 100 motorsikal disita dalam operasi khas bersepadu samseng jalanan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, sebanyak 81 daripada jumlah kenderaan tersebut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pelbagai kesalahan dan sebanyak 114 keping saman dalam operasi tersebut turut dikeluarkan.

Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.

Ia turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Bantuan PLUS Berhad.

Difahamkan, operasi itu, bermula pada jam 1.30 pagi hingga 10 pagi di Lebuhraya BORR bertujuan mencegah aktiviti samseng jalanan seperti lumba haram selain memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

Mengulas lanjut, Hamzah mengingatkan orang ramai khususnya golongan remaja untuk tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram atau apa sahaja aktiviti samseng jalanan yang boleh mengancam nyawa diri sendiri dan orang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker