Malaysia
Ops Aidilfitri: Lebih 22,000 saman dikeluarkan, majoriti lesen tamat tempoh

Sebanyak 22,552 saman dikeluarkan dalam lima hari Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 sejak 24 Mac.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, memaklumkan bahawa kesalahan tertinggi adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 5,850 saman.
Selain itu, 4,148 saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan lesen tamat tempoh.
Sebanyak 1,800 bas perkhidmatan awam didapati melakukan kesalahan, termasuk guna telefon bimbit ketika memandu dan tiada pemandu kedua.
Melalui strategi penyamaran, JPJ mengesan 398 bas melakukan pelanggaran manakala sejumlah 77,736 kenderaan diperiksa, dengan 97 kenderaan disita.