Malaysia

Orang Perlis dah boleh tengok wayang di negeri sendiri! Tempat duduk ikut jantina, lampu tak ditutup

Selepas lebih dua dekad tanpa pawagam, rakyat Perlis bakal menikmati semula pengalaman menonton filem di negeri sendiri apabila Kangar Jaya Mall, pusat beli-belah terbesar di negeri itu, dijangka dibuka penghujung 2025.

Kompleks tiga tingkat itu akan menampilkan Golden Screen Cinemas (GSC) dengan enam dewan tayangan berkapasiti hampir 700 tempat duduk, termasuk kemudahan PlayPlus pertama di utara Semenanjung.

Kawasan parkir sebanyak 870 petak turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Bagaimanapun, pawagam ini dijangka mengikut garis panduan hiburan negeri, tempat duduk akan diasingkan kepada tiga zon iaitu lelaki, wanita dan keluarga, sepertimana yang diamalkan di Terengganu sejak 2020.

Selain itu, lampu dewan tayangan tidak akan ditutup sepenuhnya sepanjang filem dipaparkan.

Kehadiran semula panggung wayang di Perlis dianggap signifikan selepas kali terakhir negeri ini memiliki pawagam adalah sekitar tahun 2001 apabila Panggung Kapitol ditutup.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker