Orang Utan bersaiz besar ditemui tenang makan buah di perumahan Kalimantan Timur,Indonesia; Netizen mempersoalkan!

Kuala Lumpur, Julai 10 – Baru-baru ini, satu video sering tular memaparkan seekor orang utan bersaiz besar kelihatan tenang berdiri, menggenggam dahan pokok sambil memakan buah berhampiran rumah di tepi jalan sekitar Kalimantan Timur, Indonesia
Difahamkan, lokasi sebenar masih tidak diketahui kerana pengguna yang memuat naik video itu telah mengalih video itu, dan ia merumitkan usaha untuk Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur.
Menurut sumber media tempatan, Ketua agensi berkenaan, Ari Wibawanto, berkata orang utan itu dikenal pasti sebagai jantan yang lebih tua dan ia mungkin berkelihatan lebih besar kerana sudut kamera.
Beliau turut menjelaskan bahawa “Orang utan tanpa kawasan yang dikuasainya sering merayau ke kawasan kediaman atau jalan raya untuk mencari pasangan atau makanan.”
Penampakan itu telah mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen serta kebimbangan alam sekitar bagi spesies yang terancam itu.
Terdahulu media laporkan, pada November tahun lalu, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur dalam inisiatif lain telah melepaskan 12 orang utan yang telah dipulihkan ke alam liar daripada kemudahan yang dikendalikan oleh “Borneo Orangutan Survival Foundation”.