Malaysia

Padah hisap vape ‘magic mushroom’, pelajar tingkatan 4 ditemui tidak sedar diri, perkarangan sekolah di Kemaman,Terengganu

Kuala Lumpur, Julai 29 – Padah akibat hisap vape, seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari Kemaman, Terengganu, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di perkarangan sekolahnya, dipercayai akibat menghisap vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan, pada Isnin lalu.

Menurut sumber, pelajar lelaki itu terpaksa mendapatkan rawatan perubatan setelah mengalami kesan teruk akibat dari pengambilan bahan kimia itu.

Pelajar itu kemudiannya telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman, di Terengganu.

Difahamkan, mangsa telah mengalami sawan kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan dan sehingga kini pelajar berkenaan dilaporkan masih dirawat dalam hospital berkenaan.

Sumber media tempatan mengesahkan, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan telah menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada Jummat lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker