Malaysia

Paderi Didakwa Bunuh Ibu, Sembunyikan Mayat dalam Peti Sejuk

Seorang paderi, N. Deanesh, 53, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh ibunya, Catherine Daniel, 77, dan menyimpan mayatnya dalam peti sejuk beku di rumah mereka di Taman OUG, tiga tahun lalu.

Dia didakwa melakukan jenayah tersebut antara 21 hingga 26 Mac 2021. Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali.

Deanesh, yang hadir di mahkamah dengan kerusi roda, mengesahkan memahami pertuduhan tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Atiqah Mohamed menetapkan 7 Februari 2025 untuk sebutan semula kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker