Pakaian diperkenalkan tidak akan digunakan perbarisan Olimpik Paris 2024 – Hannah Yeoh

Kuala Lumpur, Jun 27 – Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, terdapat pakaian rasmi yang lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada keperluan untuk membuat perbandingan pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan kementeriannya.
Tambah beliau, pihaknya perlu menghormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan beliau perkara itu kepada Presiden MOM Mohamad Norza dan percaya beliau mampu melakukan yang terbaik membawa nama Malaysia.
Mengulas lanjut, Hannah turut menggesa polis segera mengeluarkan hasil siasatan simbahan asid terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim.