Papagomo ditangkap lagi di luar Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Julai 12 – Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah ditangkap oleh polis selepas selesai prosiding perbicaraan hari kedua bagi kes menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Menurut sumber, peguam Papagomo berkata, anak guamnya telah ditahan di luar mahkamah oleh dua pegawai polis dari Bukit Aman.
“Mereka dalam perjalanan ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi dan saya diberitahu ia merupakan arahan daripada pihak atasan.
“Terdapat laporan polis dibuat terhadapnya, mengikut Akta Hasutan 1948,” kata peguam itu menerusi kenyataan media.
Tambah beliau, kemungkinan besar Papagomo akan direman di IPD Dang Wangi pada pagi Sabtu.