Pas My50 boleh diaktifkan secara digital mulai 1 Julai

Bermula 1 Julai, pas perjalanan tanpa had My50 boleh diaktifkan secara digital melalui aplikasi Touch ’n Go eWallet.
Ia selaras dengan usaha kerajaan memperluas penggunaan sistem tanpa tunai dan mempertingkatkan kemudahan pengguna pengangkutan awam.
Prasarana memperuntukkan RM2.7 juta bagi projek ini, membolehkan pengguna memautkan kad fizikal TNG mereka kepada aplikasi eWallet, dengan baki minimum RM5 diperlukan untuk menggunakannya bagi perkhidmatan RapidKL.
Bagi pengguna yang tidak biasa dengan aplikasi digital, termasuk warga emas, pengaktifan pas My50 masih boleh dilakukan secara manual di kaunter menggunakan MyKad seperti biasa.
Pendigitalan ini dijangka mengurangkan kesesakan di kaunter dan memberi pengalaman lebih mudah kepada pengguna.