Malaysia
PAS Terengganu pula papar Jalur Gemilang tidak cukup sifat

PAS Terengganu memohon maaf secara terbuka berhubung kesilapan pada Jalur Gemilang dalam logo bahan promosi acara “Himpunan Teguh Memimpin Terengganu” yang akan diadakan di Kemaman hujung Mei ini.
Kesalahan teknikal yang tidak disengajakan itu melibatkan Jalur Gemilang dengan hanya 11 bucu bintang dan 12 jalur, berbeza daripada reka bentuk sebenar yang sepatutnya mempunyai 14 bucu dan 14 jalur.
PAS Terengganu memaklumkan mereka telah mengambil tindakan segera menarik balik logo tersebut, mengucapkan terima kasih atas teguran orang ramai, dan berkongsi versi yang telah diperbetulkan untuk digunakan selepas ini.