Malaysia

Pasangan Kekasih Aktif Curi Tabung Derma Ditahan di Melaka

Kelicikan pasangan kekasih mencuri tabung derma di kedai makan akhirnya tumpas selepas mereka ditahan polis di sebuah kondominium di Klebang pada 4 Disember.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit, berkata suspek lelaki,33 tahun dan wanita, 35 tahun, ditahan sekitar tengah malam hasil risikan dan maklumat awam. Mereka dipercayai mencuri tabung derma milik madrasah dan rumah anak yatim sejak dua tahun lalu, dengan modus operandi berpura-pura menjadi wakil institusi tersebut.

Dalam serbuan, polis merampas 54 tabung derma, sebuah kereta, pemotong besi, dan ganja seberat lapan gram. Pasangan itu disyaki memperoleh RM250 sehari hasil kegiatan mereka dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.

Polis membuka lapan kertas siasatan atas pelbagai kesalahan, termasuk Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker