Malaysia
Pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi pulang semula ke China bulan depan

Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China pada Mei ini.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan ia susulan perjanjian yang membolehkan Malaysia menerima pasangan panda gergasi baharu bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2035.
Perjanjian itu dimeterai antara kerajaan Malaysia dan China pada Rabu lepas, sempena lawatan Presiden Xi Jinping ke negara ini.