Malaysia
Pasangan Warga China Ditahan Selepas Dikeluarkan dari Pesawat AirAsia

PETALING JAYA: Polis menahan sepasang warga China yang dikeluarkan daripada pesawat AirAsia pada Ahad lalu selepas mereka disahkan tidak mengalami masalah mental.
Timbalan Ketua Polis KLIA, Albany Hamzah, mengesahkan pasangan tersebut selesai menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, dan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD KLIA pada hari yang sama. Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sebelum ini, pasangan itu dikeluarkan dari penerbangan ke China kerana berkelakuan mengganggu penumpang lain dan bertindak agresif ketika disoal siasat oleh polis. Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.