Malaysia

Pasar Borong Digempur, 28 Warga Asing Ditahan

Sebuah pasar borong di Gat Lebuh Macallum diserbu dalam operasi bersepadu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, kelmarin.

Operasi bermula jam 3 pagi itu memeriksa 57 warga asing, dengan 28 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Ada yang cuba melarikan diri atau bersembunyi di stor, namun berjaya ditangkap.

MBPP turut mengeluarkan enam notis kompaun, termasuk empat atas kesalahan menjalankan establisymen makanan tanpa lesen sah dan dua lagi kerana mempamerkan papan iklan tanpa kelulusan.

Kesemua warga asing ditahan atas kesalahan mengikut Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c), dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker