Dunia

Payudara keluar nanah, rupanya pernah ditikam lapan tahun lalu

Seorang lelaki berusia 44 tahun mencetuskan detik cemas bagi para doktor di sebuah hospital di Muhimbili selepas nanah yang keluar dari payudaranya berpunca daripada penemuan sebilah pisau di dalam bahagian dada.

Dia yang berasal dari Tanzania dan identitinya tidak didedahkan hanya mendapatkan rawatan di hospital selepas menyedari nanah keluar dari payudaranya.

Lelaki itu pada masa sama tidak pernah mengalami sebarang penyakit seperti sakit dada, sesak nafas, batuk, demam atau tanda vital tidak normal, sekali gus menimbulkan persoalan kepada doktor.

Ketika pemeriksaan, dia mendedahkan pernah diserang dalam satu pergaduhan ganas lapan tahun lalu sehingga menyebabkan kecederaan pada muka, belakang, dada dan perut.

Hasil imbasan X-ray kemudian menemui sebilah pisau di dalam ruangan dadanya, namun tidak menjejaskan mana-mana organ utamanya.

Pembedahan segera dilakukan dan lelaki berkenaan dilaporkan pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi susulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker