PDRM: 12 penjenayah rompak, tetak penghuni banglo,libatkan RM600,000 kerugian di Klang
Kuala Lumpur, Oct 5 – Seorang lelaki cedera ditetak 12 penjenayah bersenjatakan parang dalam satu kejadian pecah rumah sehingga menyebabkan kerugian bernilai RM600,000 di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang, awal pagi, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya sedang memburu kesemua suspek dan menyiasat kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah itu.
Hasil siasatan awal, mendapati dalam insiden jam 5 pagi, pada Khamis lalu, seramai 12 orang suspek dipercayai warga tempatan telah sampai di hadapan rumah pengadu jenis banglo 3 tingkat menaiki dua buah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dan Toyota Vios hitam serta parkir di hadapan rumah pengadu.
“Kesemua suspek memakai pelitup muka, bersarung tangan dan bersenjatakan parang, memanjat tembok pagar hadapan rumah serta menarik pintu jeriji pintu utama sebelum masuk ke dalam rumah”, katanya dalam satu kenyataan.
Semakan lanjut polis juga mendapati, suspek berjaya melarikan wang tunai, patung sembahyang dan barang kemas dianggarkan bernilai RM600,000.
Mengulas, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh hubungi polis untuk bantu siasatan