Malaysia
Trending

PDRM: 2 lelaki ditahan, pecah masuk surau dan kedai di Pontian dan Kulai, Johor

Kuala Lumpur, Oct 4 – Dua penjenayah berjaya ditahan polis, terbabit dalam kejadian pecah surau dan kedai dalam dua kejadian berasing di Pontian dan Kulai, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dua lelaki tempatan berusia 32 dan 36 tahun telah ditahan

“Hasil siasatan awal mendapati kedua suspek terbabit dalam kes pecah surau di Pekan Nanas dan kedai di kawasan Kampung Kayu Ara Pasong sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa,”

“Pelbagai barangan dirampas termasuk sebuah kereta, jam tangan, telefon bimbit, kasut, alat pemampat pendingin hawa dan beberapa beg berjenama dengan anggaran bernilai RM5,000.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun atau denda dan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah berlaku di kawasan masing-masing ke balai polis berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker