Malaysia

PDRM: Anggota polis ditahan, peras ugut lelaki minta RM2,000 selesai kes lampau di Perak

Kuala Lumpur, Oct 1 – Seorang anggota polis ditahan, disyaki memeras ugut seorang lelaki menyerahkan wang bernilai RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau yang dihadapi lelaki itu.

Menurut sumber, suspek berusia 40 tahun menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau, di Langkap, Teluk Intan, Perak pada 26 September lalu.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh sawit membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis berkenaan.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan suspek yang bertugas di daerah Bagan Datuk ditahan sekitar kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk kira-kira jam 7 malam semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Azizi turut mengingatkan warga polis Kontinjen Perak supaya menjalankan tugas dengan disiplin dan integriti, selain tidak terbabit kesalahan jenayah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker