Malaysia
Trending

PDRM: Bapa Baby Syifaa ditahan, menyiasat penipuan urusan yuran guaman

Kuala Lumpur, Julai 10 – Polis menahan bapa kepada ‘Baby Syifaa’ atau Nour Rania Asyifaa Yuseri, semalam, bagi membantu menyiasat berkait dakwaan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf,lelaki itu ditahan kira-kira jam 2.45 petang di Ibu Kota oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini laporkan, lelaki itu memperjuangkan kes penganiayaan, didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat ditubuhkannya, YY Community Centre.

Difahamkan, bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan, dilapor menafikan wang itu diguna untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Menurut Hafiz, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya dimaklum selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain, sebelum membuat laporan polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker