Malaysia
PDRM: Kertas siasatan dibuka, insiden tular kibar bendera lain di Johor

Kuala Lumpur,Oct 29 – Polis Johor buka kertas siasatan berhubung insiden tular pengibaran bendera luar negara oleh sekumpulan individu ketika menyertai upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Sentosa,semalam.
Difahamkan program berkenaan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan kebudayaan, daripada lebih 10 negara.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat menerusi satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan polis berkenaan dengan kejadian itu dan mengesahkan satu kertas siasatan dibuka.
“Kita akan memanggil penganjur dan saksi-saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Mengulas beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai
maklumat dengan insiden itu, boleh hubungi polis Johor segera untuk bantu siasatan.