Malaysia

PDRM: Lelaki larikan kereta dari stesen minyak di Kuantan, ditahan di Bentong

Kuala Lumpur, 5 Jun – Polis berjaya menahan lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di stesen minyak bertempat Semambu, Kuantan, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang mengesahkan lelaki itu ditahan berjaya ditahan di Bentong, dan kereta yang dicuri itu turut ditemui.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.10 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun bersama suami, berusia 77 tahun dan anak perempuan yang juga pemilik kereta, yang menaiki kereta singgah di stesen minyak.

Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu dan mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terus melarikan diri dengan kereta itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker