Malaysia

PDRM sahkan militan Bangladesh tumpas sepenuhnya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang aktif menyebarkan fahaman ekstrem dalam kalangan warga Bangladesh di negara ini telah berjaya ditumpaskan sepenuhnya.

Kejayaan itu hasil operasi bersepadu sejak April lalu yang membawa kepada penahanan semua ahli kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis percaya masih wujud elemen militan asing lain yang belum dikesan dan usaha mengesan mereka akan diteruskan.

Tindakan membanteras kumpulan seperti ini berdepan cabaran besar, terutama dengan penggunaan media sosial yang menjadi medium utama merekrut ahli baharu serta menyebarkan ideologi radikal secara senyap.

Dalam masa sama, PDRM menyeru orang ramai agar terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa, memandangkan media sosial bukan sahaja alat komunikasi masyarakat tetapi turut dimanipulasi untuk tujuan ekstremisme.

PDRM menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan negara terjamin dengan memberi keutamaan kepada khidmat perlindungan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker