PDRM sedang mengesan lelaki sengaja rosakkan kereta orang di Seremban
Kuala Lumpur, Julai 15 – Seorang lelaki bertindak mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway, Seremban, pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik kenderaan itu pada jam 5.46 petang.
Difahamkan dalam kejadian jam 4.30 petang Jumaat itu, pemilik kereta yang juga seorang wanita bernasib baik kerana kelakuan aneh lelaki berkenaan dirakam oleh kamera papan pemuka sebelum ia ditularkan menerusi media sosial.
Mohamad Hatta turut berkata, wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor, mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya di letakkan di lokasi berkenaan untuk pergi bekerja.
“Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, wiper hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, suspek sudah dikenal pasti, usaha mengesan dan menangkapnya sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain,.