Malaysia

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini, pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atasnya.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata 27 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

Rakaman percakapan anak Pamela serta saksi lain akan diambil dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh pihak Interpol.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis kemungkinan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan.

Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker