Malaysia

PDRM:2 penumpang warga asing tumbuk pemandu e-hailing yang tegurnya muntah dalam kereta;Polis tahan reman

Kuala Lumpur, Oct 10 – Seorang pemandu e-hailing ditumbuk oleh dua penumpang warga asing gara-gara ditegur muntah di dalam kereta berkenaan, di hadapan kondominium, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata,kejadian mangsa berusia 50 tahun itu mengambil penumpang lelaki dan seorang wanita di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Pengadu kemudian menghantar mereka ke sebuah kondominium dan ketika dalam perjalanan penumpang lelaki itu termuntah di dalam kereta dan mangsa menegurnya.

“Setiba di kondominium berkenaan, kedua-dua penumpang itu didakwa menolak pengadu sehingga terjatuh dan menumbuk di mulutnya sehingga menyebabkan luka, lebam di siku tangan kiri dan tapak tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, polis memberkas pasangan itu dan menahan reman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Akta sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker