PDRM:4 warga Vietnam sindiket pecah peti besi ditembak mati di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Nov 13 – Empat warga Vietnam dipercayai terlibat dalam sindiket pecah masuk peti besi, telah ditembak mati oleh polis menerusi satu operasi di sebuah kediaman mewah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, menjelaskan bahawa suspek telah menyerang pasukan polis menggunakan senjata api dan senjata tajam ketika serbuan dilakukan.
Kumpulan tersebut dipercayai telah melakukan sebanyak 44 kes pecah rumah dan mencatatkan kerugian lebih RM4.3 juta.
Menurut Datuk Allaudeen, mereka mensasarkan rumah-rumah kosong dan menggunakan kediaman mewah sebagai lokasi persembunyian untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
Datuk Allaudeen menambah, polis turut merampas pelbagai barangan berharga hasil rompakan yang dipercayai dicuri oleh kumpulan tersebut.
Mengulas beliau berkata, siasatan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat individu lain yang terlibat dalam sindiket ini masih diteruskan.