Malaysia

PDRM:Lelaki tikam 2 wanita di tandas surau ditahan

Kuala Lumpur, Ogos 13 – Suspek tikam dua wanita dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya Jumaat lalu, telah ditahan polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di Kajang, Selangor hari ini.

Proses permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya,.

Terdahulu media laporkan, dalam kejadian jam 1.45 tengah hari, suspek lelaki dipercayai bersenjatakan pisau rambo menikam seorang jurujual wanita berusia 26 tahun dan guru besar berusia 52 tahun di sekitar kawasan Kelana Jaya.

Berdasarkan siasatan awal polis, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengenali suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker