Malaysia

PDRM:Mayat lelaki ditemui terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim, Melaka

Kuala Lumpur, Julai 17 – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim, Melaka, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit hasil siasatan awal pada mayat mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri selain terdapat ikatan menggunakan tali nilon dibalut plastik hitam melilit bahagian pinggangnya.

Mengulas beliau turut berkata, lelaki itu turut diikat bersama sebiji batu dengan tali berukuran lebih kurang 17.7 sentimeter serta terdapat kesan gigitan binatang di beberapa bahagian lengan mangsa.

Tiada sebarang saksi yang berada di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker