Malaysia

PDRM:Motif lelaki Bangladesh culik kanak-kanak berusia 2 tahun, gara-gara rindu anak di kampung

Kuala Lumpur, Oct 28 – Gara-gara terlalu rindukan anak, lelaki Bangladesh cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Kampung Bunga Raya, Rawang, pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat rindukan anak yang berada di kampung halaman.

Katanya, suspek mula berkelakuan kurang siuman akibat rindukan anak dan kali terakhir bertemu dengan keluarganya pada Aidilfitri tahun lalu.

Susulan itu, suspek dirujuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh dan polis sedang menunggu laporan hospital.

Mengulas Mohd Hafiz berkata, pihaknya akan menyemak status keluar masuk suspek ke negara dan keaslian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) milik suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker