Malaysia
Trending

PDRM:Pasangan suami isteri ditahan, disyaki dera anak 3 tahun di Kluang,Johor

Kuala Lumpur, Sept 26 – Sepasang suami isteri ditahan polis dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dihantar ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang, pada jam 1.50 pagi semalam.

Katanya, polis menerima panggilan daripada seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 9.50 malam.

“Melalui maklumat itu, pihak hospital menerima seorang pesakit iaitu kanak-kanak lelaki yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai didera,” katanya dalam kenyataan

Hasil semakan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif daripada pengaruh dadah.

Kini, pasangan warga tempatan itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker