Uncategorized

PDRM:Pembunuhan Ibu anak dipercayai akibat keganasan rumah tangga di Kedah

Kuala Lumpur, Ogos 20 – Motif pembunuhan ibu anak yang ditemukan dalam longkang berdekatan Pekan Simpang Kuala,Alor Setar, Kedah semalam, dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah berkata pihaknya berjaya menahan seorang suspek berumur 43 tahun yang juga merupakan suami dan bapa kepada mangsa semalam.

Hasil siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lalu bersama isteri dan tiga anak dan difahamkan seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan.

Sementara itu, pihaknya juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah, 12 tengah hari tadi yang dipercayai merupakan anak bongsu suspek.

Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak berkenaan turut mendapati kesan kelar sama seperti dua mayat semalam dan polis akan jalankan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker