Malaysia

PDRM:Pengarah GISBH, isteri dan 2 anaknya ditahan

Kuala Lumpur, Sept 19 – Polis telah menahan beberapa anggota pengurusan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Ali bersama isterinya dalam operasi khas semalam.

Menurut sumber,seramai 19 individu telah ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh jabatan siasatan jenayah Bukit Aman di beberapa lokasi.

Selain Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, isteri dan dua anaknya turut ditahan bagi membantu siasatan termasuk anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan penahanan itu dan berkata maklumat lanjut akan diberikan pada masa singkat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker